Sunday, March 31, 2013

~Takdirku telah Tertulis~



Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.  Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.  Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.  Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.  Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Takdirku Telah Tertulis. Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.  Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.  Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.  Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda.  Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InshaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.


Tuesday, March 12, 2013

~Farewell En.Mustafa Bin Abdullah~ at FELCRA Berhad SABAH

Assalamualaikum wbt kwn2....
apa kabar hari nie???sehatka???
org cakap apa???LUAR BIASA BAGUSssss

 pose dlu sebelum majlis bermula...
hehehehe
clisa-ecik-en.Marzuki(bos FelcraNiaga)
~staf meeting sekali dengan birthday staff~
 peaceee
sy jugakla juara bergambar....
dlm kita berduka....harus pandai menghappykan diri...
dan itula c-lisa...
 ini kak Muriati...org sandakan ni...
pakar masak sambal..
seddaaapppp
Puan N-clisa-kak Ti-kak Mas
snap skali lagi coz N ready(open eye's)
clisa dgn kak Muriati jugakla juara
tau juara apa???heheheh
JUARA MODEL XXL
heheheheh 
beginila gelagat kami2 di Felcra 
mkn-makan- dan makannnnn
alamatnya size dr S terus p size XXL
mcm clisa
yesss sy kurus dlm pic nie...heheheh
 dlm pic nie...
(dr belakang)niza-clisa-kak.long- kak masniah-kak wati
(depan dr kiri) kak ain-kak yun-kak suzi-ecik
 semuanya cute2 belaka....
 clisa cute disini...
 ~semua happy disini~
kak muriati pegang apa tu??heheh
 selepas PBW Hj.Samian pencen atau retire
nieeellaaaaa bos paling sporting....
dia adalah En.Khalil Abd Gapar
seddeyyy ni klu dia pun akn balik KL
coz dgr2 citer dia akn transfer KL jugak... :(
  inilahhhh detik2 n detik2 terindah di sepanjang sy
berkerja di FELCRA Berhad Sabah...
kerja bersama
ketawa bersama
makan bersama
mcm 1 family....
love them so much   
 
 
 
 

Friday, March 8, 2013

~A very Happy Women’s Day to all our beloved fans~

Salam 1 Malaysia...
hah!! dr title pun tau kan????
selamat hari wanita sedunia....
untuk saya sendiri dan anda wanita2 di luar sana...

saya juga merakamkan kebanggaan sy sebagai seorg wanita ...
betapa uniknya kita wanitaa....
kuatnya kita boleh menguruskan segala2nya...
jd isteri...
jaga ank...
jaga mkn minum suami....(bg yg sudah kawen la...)
ditiupkan dlm jiwa kita perasaan lemah-lembut...
even kasar perangai dlm hati tetap lembut...(mcm sy)heheheh
perasaan sayang...setiaa......
dll...

juga sy mau kita sama2 dengar sambil nyanyi2 lagu WANITA by KRU...heheh
LIRIK PLEASSEEEEE!!!!!!
heheheheh

 Lirik Lagu Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita

P/s: semoga suatu hari nnt Allah beri peluang kpd sy tuk btl2 lalui dan merasai 
apa sebenarnya pengertian wanita...pengalaman sebenar wanita...
aminnn....
 
 
    

Sunday, March 3, 2013

~Pertempuran Berlaku di Lahad Datu~


Assalamualaikum wbt
baru2 nie awal bulan mac kita dikejutkan dengan Pencerobohan yang berlaku di Lahad datu...
boleh dikatakan sana-sini berita tentang Pencerobohan, Pertumpuran darah , tembak- menembak dan
sebagainya....
jum layan berita...


Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 8 Orang

LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA


Masalahnya sekarang kenapa bukan askar yang turut sama berhadapan dengan pernceroboh2 tu???

untuk jawapan yang diatas ni...memandangkan ramai sangat yang dok complain2 sana sini dan menyalahkan Pm kita dan kepimpinan negara....jum baca dibawah..

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"
Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..

Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

~ begitulah SOP nya.. kpd dalang yg suruh askar serang penceroboh secara membabi buta, beliau lah PENGKHIANAT NEGARA yg mahu anggota keselamatan dan rakyat kita lebih ramai terkorban !
 Jelas kan???
Sebab itu kita harus sama2 brsatu hati...untuk...
 
 MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!

NASIHAT DARI PDRM - TOLONG SHARE!!
tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...

TOLONG SEBARKAN!
Rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..

*GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA.

Saturday, March 2, 2013

~ Ahad- 04.03.2013~

Ahad
~12.55am~
hari nie....sy tdk taula amcm mau mula..
tdk taula apa yg sy rasa
rasa xtenang + risau + berdebar2
rindu + sunyi + sedih..
semua ada...


 sy nak awak yang dulu...
tapi bila fikir2 balik....
dia yg pilih n buat kptusan ini
dia yg memaksa sy tuk pilih jln ini...

 betul kan kata Dr. Love ni??
sy sgt2 setuju...

 ...kita harus ada kejujuran dlm prhubungan... 
mungkin lelaki2 di luar sana
ingat perempuan ni xda perasaan...
kita diberikan kuasa kekuatan firasat hati
@instinct  
  kita pun ada perasaan...


 betul...sgt setuju...
coz sy mmg sllu begini....
time tidola sy ingat2 balik...
time sy muhasabah diri   
tp tulaaaa
kadang sy terfikir sampai bila sy begini??
sy harus move on...


 yaaaa sy tetap bersyukur coz pernah memiliki
even sekejap..

...Tutupla lisa cerita masa lalu... 
bina hidup baru ya sayang 
Tuhan kan ada..


Amin Ya Allah
sy xminta jugak rasa n ditakdirkan begini
sy pun mau mcm org lain
hidup bahagia dgn pasangan hakiki(suami)
ada anak


 Ya Allah berilah kekuatan kepadaKu
reda dgn segala-galanya

 ~hanya kepadamu aku berserah~
hanya kepadamu aku meluah
hanya Engkau saja maha mengetahui
segala2nya tentang diriku
Ya Allah
~Berikan la kembali kebahagian +Kegembiraan
keceriaan+ cinta sesama manusia(suami)+rezeki
yang halal n melimpah ruah + Kesihatan + Ketenangan~
~Ya Allah selamatkan klrgaku di Kunak dr segala malapetaka
~Masukan la Arwah bapakku ke Syurga FirdausMu
Amin...Amin...Aminn Ya Allah